SSD - Solid State Drives
Hard Drive Alternatif Berasaskan Memori Flash.
SEJARAH CAKERA KERAS/HDD ( HARD DISK DRIVE )
Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu Hard Disk Drive ( HDD )? Ia adalah salah satu komponen
terpenting dalam sesebuah komputer yang mana segala data tersimpan didalamnya.
Cakera keras dicipta pada tahun 1950. Pada peringkat awal pembinaannya cakera yang besar
sehingga 20 inci garis pusat hanya berkapasiti beberapa megabyte sahaja.Pada mulanya ianya dikenali sebagai "cakera tetap" atau "Winchesters" (nama kod yang digunakan untuk produk IBM ). Ia kemudiannya dikenali sebagai "cakera keras" ataupun Hard Disk Drive ( HDD ). Cakera keras mempunyai kepingan keras yang bermagnet sederhana yang berfungsi sebagai perakam data.
Cakera keras ini menggunakan teknik rakaman magnetik sepertimana kaset ataupun pita magnetik. Medium magnet mudah dipadam dan ditulis semula,dan ia akan "ingat" corak fluks magnet
Cakera keras ini menggunakan teknik rakaman magnetik sepertimana kaset ataupun pita magnetik. Medium magnet mudah dipadam dan ditulis semula,dan ia akan "ingat" corak fluks magnet
yang disimpan ke dalam bahasa pengantar selama bertahun-tahun.


Rajah dalam sebuah hard disk
Pada sekitar tahun 2007 wujud satu hard drive alternative berasaskan memori flash yang dikenali sebagai SSD – Solid State Drive bagi menggantikan hard drive yang ada sekarang. Ini sebenarnya adalah teknologi yang telah ada sekian lama. Kebanyakan barangan elektronik yang kita ada hari ini dibina berasaskan semikonduktor dan cip. Begitu juga SSD, ia dibina berasaskan memori flash sebagai media storan utama bukannya media magnet seperti Hard Disk Drive (HDD). Solid State Drive (SSD) di datangkan hampir tidak berbeza daripada Hard Disk Drive (HDD). Ia direka bentuk sama seperti Hard Disk Drive (HDD) adalah untuk membolehkan pemacu ini dapat dimasukkan ke dalam komputer riba atau desktop bagi menggantikan cakera keras. Untuk melakukan ini, ia perlu mempunyai dimensi piawai sebagai pemacu 1.8, 2.5 atau 3.5-inci yang ada sekarang. Ia juga akan menggunakan pemacu sama ada ATA atau SATA .Walaupun SSD lebih pantas dari Hard Disk Drive (HDD) namun ia masih mempunyai kelemahan iaitu jangka hayatnya yang pendek. Dikatakan SSD boleh menulis-padam 3,000 hingga 10,000 kali sahaja sebelum ianya mulai mendatangkan masalah/rosak.
Rajah dalam sebuah SSD
No comments:
Post a Comment