ADA-ADA SAJA
TULIS APA-SAJA UNTUK PENGETAHUAN SEMUA
Saturday, September 17, 2022
Dunia semakin tua.....
Doa itu penting
sentiasa peka dengan situasi terkini
jangan leka .
jangan tinggal solat.
bersedia dengan kejutan budaya yang akan datang
bersedia menjadi zaman primitif
dunia tanpa gajet letrik dan sebagainya..
Ini kerana dalam ilmu geologi moden, umur dunia sudah mencecah bilion tahun (4.54 bilion tahun)~ petikan harian metro.
Thursday, August 4, 2011
MENGENAL BARANGAN BERUNSURKAN KHINZIR
Salam Ramadhan diucapkan pada semua pembaca yang beragama islam semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Tulisan pada kali ini sekadar mengingatkan apa-apa yang telah kita terlupa tentang barangan yang haram dipakai mahupun dimakan (Barangan berasaskan khinzir).
Samada kita tahu ataupun tidak, ada barangan pengguna yang menggunakan kulit ataupun lemak khinzir dalam penghasilan produk mereka.Disini saya akan menceritakan produk kulit khinzir ini.
KULIT KHINZIR
Kulit banyak digunakan untuk membuat jaket,kasut,beg tangan dan sebagainya.Kita tidak pernah ambil tahu tentang jenis kulit yang digunakan.Disini saya ada sedikit panduan untuk mengenal kulit khinzir ini.Kulit khinzir mempunyai bintik-bintik / lubang-lubang .Bintik-bintik ini masing-masing mempunyai tiga titik yang membentuk segitiga seperti mana gambar dibawah........

“Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan”
Jadi sia-sia lah amalan kita jika kita mengabaikan perkara-perkara sebegini yang dianggap remeh oleh segelintir masyarakat masa kini.
Friday, July 1, 2011
SSD - Hard Drive Altenatif Berasaskan Memori Flash
SSD - Solid State Drives
Hard Drive Alternatif Berasaskan Memori Flash.
SEJARAH CAKERA KERAS/HDD ( HARD DISK DRIVE )
Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu Hard Disk Drive ( HDD )? Ia adalah salah satu komponen
terpenting dalam sesebuah komputer yang mana segala data tersimpan didalamnya.
Cakera keras dicipta pada tahun 1950. Pada peringkat awal pembinaannya cakera yang besar
sehingga 20 inci garis pusat hanya berkapasiti beberapa megabyte sahaja.Pada mulanya ianya dikenali sebagai "cakera tetap" atau "Winchesters" (nama kod yang digunakan untuk produk IBM ). Ia kemudiannya dikenali sebagai "cakera keras" ataupun Hard Disk Drive ( HDD ). Cakera keras mempunyai kepingan keras yang bermagnet sederhana yang berfungsi sebagai perakam data.
Cakera keras ini menggunakan teknik rakaman magnetik sepertimana kaset ataupun pita magnetik. Medium magnet mudah dipadam dan ditulis semula,dan ia akan "ingat" corak fluks magnet
Cakera keras ini menggunakan teknik rakaman magnetik sepertimana kaset ataupun pita magnetik. Medium magnet mudah dipadam dan ditulis semula,dan ia akan "ingat" corak fluks magnet
yang disimpan ke dalam bahasa pengantar selama bertahun-tahun.

Rajah dalam sebuah hard disk
Pada sekitar tahun 2007 wujud satu hard drive alternative berasaskan memori flash yang dikenali sebagai SSD – Solid State Drive bagi menggantikan hard drive yang ada sekarang. Ini sebenarnya adalah teknologi yang telah ada sekian lama. Kebanyakan barangan elektronik yang kita ada hari ini dibina berasaskan semikonduktor dan cip. Begitu juga SSD, ia dibina berasaskan memori flash sebagai media storan utama bukannya media magnet seperti Hard Disk Drive (HDD). Solid State Drive (SSD) di datangkan hampir tidak berbeza daripada Hard Disk Drive (HDD). Ia direka bentuk sama seperti Hard Disk Drive (HDD) adalah untuk membolehkan pemacu ini dapat dimasukkan ke dalam komputer riba atau desktop bagi menggantikan cakera keras. Untuk melakukan ini, ia perlu mempunyai dimensi piawai sebagai pemacu 1.8, 2.5 atau 3.5-inci yang ada sekarang. Ia juga akan menggunakan pemacu sama ada ATA atau SATA .Walaupun SSD lebih pantas dari Hard Disk Drive (HDD) namun ia masih mempunyai kelemahan iaitu jangka hayatnya yang pendek. Dikatakan SSD boleh menulis-padam 3,000 hingga 10,000 kali sahaja sebelum ianya mulai mendatangkan masalah/rosak.
Rajah dalam sebuah SSD
Wednesday, June 15, 2011
BIL ELEKTRIK LAMBAT CHECK DISINI..............
Adakah anda rasa bil elektrik anda lambat? Disini saya cadangkan anda check bil elektrik TNB secara online. Ini merupakan perkhidmatan yang bagus dan sangat berguna untuk pengguna. Untuk akses ke perkhidmatan tersebut, kita perlu ke laman web ini:-
Bersama-sama ini sedikit panduan untuk menggunakan e-services TNB ini yang mana saya sendiri telah lakukan pendaftaran sebelum ini.Apa yang perlu kita buat ialah:-
1. Klik register now
4. Login menggunakan kata laluan yang diberikan
5. Tukarkan kata laluan tadi dengan kata laluan anda sendiri
6. Login menggunakan kata laluan anda tadi dan anda bolehlah melihat bil
anda dan anda akan dapat informasi tentang bil anda yang terdahulu
anda dan anda akan dapat informasi tentang bil anda yang terdahulu
selamat mencuba..............
Tuesday, June 7, 2011
TAHUKAH ANDA BAHAWA TAHANAN DALAM PENJARA ADALAH TERDIRI DARIPADA GOLONGAN PROFESIONAL SEPERTI DOKTOR,PEGUAM,JURUTERA DSB DAN JUGA DARI GOLONGAN ORANG-ORANG KURANG UPAYA SERTA ORANG TUA (ORANG PENCEN).TIDAKKAH ANDA TERFIKIR KENAPAKAH ORANG-ORANG INI MASUK PENJARA? KES NYA MUDAH SAHAJA RASUAH,ROGOL,PECAH AMANAH,PENAGIH DADAH ..........KENAPA ORANG-ORANG INI JADI BEGINI?
Asal Usul Negeri Pahang
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

PETUA MENYELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN
JALAN KELUAR
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak
mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran,
langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah
mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk
menyelamatkan diri daripada kebakaran.
BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan
menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda
memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan
latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam
ingatan ahli keluarga anda.
CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda
terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah
dengan mudah.
JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang
halangan.
ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya
disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.
MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk
memberi isyarat bermulanya kebakaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)